SERVIS TIMBANG & SUKAT

SERVIS ALAT TIMBANG & SUKAT
Syarikat Berdaftar dengan KPDNKK

Monday, 6 April 2015

Kejohanan Futsal Piala Presiden KELASIK 2

Lama rupanya tak post apa2 kat blog ni..
Nak cerita, ni lari sikit dari bidang tugas kami .. Baru2 ni, Zaed Tyndareus Enterprise telah menjadi penaja rasmi untuk kejohanan Futsal Piala Presiden KELASIK2. Anjuran Kelab NGO, KELASIK 2 yg ditubuhkan sendiri oleh anak2 felda generasi kedua gugusan Felda Gunung Besout 3, Sungkai Perak. Kejohanan ini berjalan lancar dan meriah bersama beberapa badan penganjur lain yg menjayakan kejohanan ini dengan begitu tersusun dan teliti. Berikut adalah beberapa keping gambar kenangan di sebalik temasya Kejohanan Futsal Piala Presiden KELASIK 2. Semoga anak-anak generasi Felda menjadi generasi terbilang dan cemerlang. Insyaallah ...

Piala Sumbangan Zaed Tyndareus Enterprise, bersama hadiah2 cabutan bertuah sumbangan orang perseorangan.




















Monday, 26 May 2014

Stamping Point..

Stamping Point adalah keadaan atau situasi di mana saya selaku Pembaik akan bersama dengan Pihak Metrolgy Corporation Malaysia (MCM) mengadakan operasi perkhidmatan alat-alat sukat ke sesebuah tempat yang memerlukan khidmat servis dan pembaharuan lesen timbang dan sukat.

Ingat andai sukatan timbang anda tidak tepat maka anda dikategorikan telah menipu pengguna.. dan adakalanya timbang sendiri makan tuan atau senang kata merugikan ... So, be aware ye...

Sekiranya anda dapati di kawasan anda mungkin belum terdapat team seperti ini yang mesra pengguna boleh lah menghubungi kami dengan segera.. Biasanya kawasan Hilir Perak , Perak Tengah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.. yang pakai topi tu lah saya... aka.. pembaik.... yang baju biru adalah Pegawai-pegawai MCM yang sangat berdedikasi dan mesra pengguna..

Berikut adalah operasi yang dijalankan di sebuah pasar malam di Felcra Seberang Perak..




Di Mana ZTE Beroperasi?

Adalah dimaklumkan sekiranya anda hendak menggunakan perkhidmatan ZTE boleh la singgah ke premis perniagaan kami yang comel dan bersih. Alamatnya di sini:

NO. G5, LORONG 8, RPA 2
36700 LANGKAP
PERAK DARUL RIDZUAN

Boleh Menghubungi :

Tel/Fax : 05-6592311 / 019-6998894 (ZAED)




Sunday, 25 May 2014

Timbang Lama Jadi BARU? Biar Betul????

Kami menawarkan mutu kerja yang berkualiti dan ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.













SERVIS & PERKHIDMATAN ZTE

- Menjual dan membaik pulih alat timbang dan sukat serta alat ganti.
- Menjual dan baik pulih pam minyak serta alat ganti, air compressor , air ballancer.
- Urusan pembaharuan Lesen Timbang dan Sukat dengan pihak Metrology corporation Malaysia Sdn Bhd.